PENGENALAN INTERNET
Kemunculan medium media ketiga yaitu internet telah menyemarakkan lagi proses transformasi media dan melancarkan lagi revolusi Teknologi Komunikasi Maklumat atau lebih dikenali dengan nama ICT. Malaysia pada lewat tahun 1990-an telah memikirkan tentang pentingnya kemajuan teknologi perkomputeran untuk pembangunan rakyat dan negara. Ini terbukti apabila kerajaan telah berjaya melahirkan ramai bilangan rakyat yang celik information teknologi atau IT di peringkat sekolah rendah, menengah dan university Revolusi IT malahan berterusan hingga kini dengan prasarana yang cukup kondusif untuk masyarakat melayari internet dan boleh berurusan di mana jua mereka berada. Akibatnya, media ketiga telah menjadi satu peralatan media yang terpenting selain dari akhbar dan majalah dalam menjana informasi secara global.
Dengan kepesatan IT kini, kemampuan masyarakat memperolehi maklumat telah bertambah. Di samping membaca akhbar, masyarakat juga boleh menambah informasi mereka melalui pembacaan berita dan sesekali bersama-sama pembaca lain membuat perbincangan di dalam laman-laman blog. Kini blog semakin popular di Malaysia apabila bloger-bloger aktif mengutarakan pandangan mereka tentang isu-isu semasa. Ketika kempen pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini, banyak isu-isu politik dijadikan bahan perbincangan bersama dan rakyat biasa boleh mengutarakan pandangan seperti apa yang boleh dikatakan sebagai perbualan di kedai kopi.
Namun begitu isu perpaduan kaum adalah perkara penting yang perlu dipelihara. Laman blog dijadikan sebagai tempat pembujukan dan mendapat respon dengan cukup pantas apabila isu-isu politik diutarakan. Keadaan menjadi gawat apabila isu-isu perkauman, perlembagaan dan agama dijadikan topik perbincangan yang boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini. Inilah yang terjadi apabila Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali dengan nama pendeknya RPK menyiarkan artikal di Malaysia Today pada 11hb Julai 2007 yang mencemuh raja dan agama Islam.
Pada 23 Julai 2007, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib telah membuat satu laporan polis terhadap Malaysia Today dibawah Sekjen 121 (B) dan Seksen 123, Sekjen di bawah Akta Hasutan 1948 dan Sekjen

sen 263 dan Sekjen 266, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kemasukan blog di laman web yang dianggap mengandungi penulisan yang menghina Yang Di-pertuan Agong, merendahkan Islam dan menghasut kebencian serta keganasan di antara kumpulan etnik tempatan.
MEDIA BARU
Media baru adalah media interaktif atau multimedia yang tidak menghadapi apa juga sekatan kerana transmisi yang dibuat melepasi jarak dan waktu. Media baru juga boleh digelar sebagai media ketiga di mana penglibatan komunikasi pengguna yang lebih aktif daripada media lama seperti radio dan televisi.
Blog adalah media ke tiga atau media baru yang menggunakan teknologi peringkat tinggi yang disebut sebagai Teknologi Komunikasi Maklumat. Kandungan dan percetakan kandungan media adalah dalam bentuk elektronik di dalam internet. Dengan kemudahan rangkaian World Wide Web skop penggunaan internet semakin luas di mana pengguna komputer dapat membuat pelbagai urusan seperti menghantar e-mail, video digital, membina laman web dan blog. Dari sudut sejarah, internet bermula dalam tahun 1960-an oleh tentera Amerika semasa krisis peperangan.
Di Malaysia, penyediaan infrastruktur internet berkait rapat dengan dasar kerajaan yang didorong oleh Wawasan 2020, Agenda IT Negara (NITA), projek Koridor Raya Multimedia (MSC) dan undang-undang siber. Kegunaan internet berbeza pada konteks kumpulan, contohnya golongan muda lebih banyak menggunakan internet daripada golongan dewasa. Manakala peralatan digital yang berbeza membolehkan sesetengah individu mempunyai akses yang lebih berbanding individu lain. Internet telah melepasi sempadan masa dan ruang seperti kemudahan mengakses berita luar negara dan teknologi video conferencing.
Dalam konteks politik, internet dan blog menjadi alat yang berguna dalam membuat propaganda kerajaan kerana ianya memiliki kelebihan untuk menembusi khalayak tanpa halangan. Media baru ini yang mampu menyalurkan maklumat tanpa had mendorong masyarakat membuat pelbagai persepsi terhadap keputusan kerajaan dengan pantas.
Kebanjiran berbagai blog juga menjadi daya penarik kepada pembaca walaupun masyarakat telah dihidangkan dengan pelbagai sumber media seperti televisi, majalah, akhbar dan akhbar ‘nyamuk’. Kajian yang dibuat oleh halaman blog Dr Mahathir Mohamad yaitu jumlah pencapaian ke chedet.com ketika ianya mula dilancarkan dengan menggunakan server percuma di blogspot.com pada 1 Mei 2007 telah mendapat jumlah kunjungan melebihi satu juta pada 31 Mei 2008 dan mencapai dua juta pengunjung pada 17 Jun 2008. Bilangan pengunjung terus meningkat sehingga enam juta pada 3 September 2008. Dengan tren yang berlaku ini kita boleh membuat kesimpulan bahawa masyarakat kita telah celik IT dan sudah mula beralih kepada media baru iaitu boleh membaca berita dan pada masa yang sama mengemukakan pandangan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar